Thursday 5 January 2017

Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah SRAB Mersing Sesi 2017

Pada 5 Januari yang lalu, telah berlangsung Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah SRAB Mersing sesi 2017.

Seramai 32 orang pengawas sekolah sesi 2017 telah dilantik oleh guru penasihat pengawas sekolah SRAB Mersing, Ustaz Norizam bin Malik. 

Ketua Pengawas bagi sesi 2017 ialah Mohd Hafizul Azim bin Sani
Penolong Ketua Pengawas sesi 2017 ialah Nur Safirah Khairina binti Mohd Saofee. 

Mohd Hafizul Azim bin Sani sedang mengetuai bacaan ikrar di hadapan barisan pengawas dan disaksikan oleh para pelajar sekalian semasa perhimpunan rasmi pertama persekolahan sesi 2017







Mohd Hafizul Azim bin Sani menerima sijil watikah pelantikan daripada Guru Disiplin SRAB Mersing, En Asrul Anwar bin Mohd Ali.

Semoga barisan pengawas sesi 2017 dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan berintegriti. 

Syabas dan tahniah serta selamat memikul amanah yang digalas. 
Semoga pelajar SRAB Mersing terus maju dalam bidang kepimpinan, akademik dan sahsiah. 

SRAB Raqam Wahid!

No comments: