Friday 25 November 2016

YES Dongle


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2016, guru guru SRAB mersing telah menerima dongle yes 1 bestari net agihan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia unutk seluruh warga pendidik. 

Guru ICT, Puan Ros Linda binti Bahrom telah memberikan taklimat ringkas mengenai penggunaan dongle yes kepada guru guru. 


Diharapkna dengan adanya kemudahan dongle yes ini guru guru sekalian dapat menggunakan kemudahan internet di mana jua tanpa had. mereka dapat mengakses internet untuk kegunaan kerja dan sebagainya, Semoga kemudahan dongle yes ini juga dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru untuk bergiat aktif menggunakan Frog VLE masing masing. 

hal ini kerana matlamat utama dongel yes ialah sebagai galakan dan motivasi kepada guru guru untuk teus aktif menggunakan Frog VLE mereka menggunakan id yes yang telah diberikan. 


Selamat maju jaya diucapkan kepada guru guru sekalian. sekiranya guru guru menghadapi sebarang masalah semasa mengaktifkan dongle yes ini bolehlah merujuk kepada Puan Ros Linda atau mana aman guru di bawah unit ICT. 

Semoga guru guru sekalian dapat membudayakan amalan menggunakan alam maya menerusi Frog VLE dengan lebih aktif lagi. 

Thursday 24 November 2016

Selamat Bercuti

Akhirnya setelah melalui hari hari yang penuh indah serta ada pasang surutnya suka dan duka dalam kehidupan serta pelbagai pengalaman dan juga cabaran, tibalah masanya untuk kita berehat. 

selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SRAB Mersing. 

berikut ialah rumusan tentang program dan juga aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2016.

Januari
Minggu Ukhwah Sekolah dan Minggu Transisi bagi pelajar tahun 1
sesi persekolah 2016 bermula
Majlis Permufakatan Ibu bapa Pelajar tahun 6 dan Guru guru 
Watikah pelantikan pengawas sekolah sesi 2016

Februari
Aktiviti kokurikulum pada setipa hari khamis (sebelah petang) berjalan seperti yang dirancang
Kejohanan Bola Jaring Peringkat MSSD di Dewan Serbaguna Pusat Air Tawar
Kejohanan Bola Baling peringkat MSSD di Dewan Serbaguna Pusat Air Tawar

Mac
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8
Peperiksaan UPPm 1 dan Setara 1

April
Sukantara SRAB Mersing
Program Jelajah BLINK (anak syarikat buku PTS)

Mei 
Peperiksaan Pertengah Tahun
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah
Perkhemahan anjuran unit kokurikulum

Jun
Program Ihya Ramadhan 
Program Iftar Jamaie perdana
Hari pelaporan 

Julai
Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah
Kem motivasi dan kecemerlangan pelajar 

Ogos
Sambutan bulan kemerdekaan
Latih tubi dan gerak gempur UPSR 
latih tubi dan gerak gempur SDEA 
pecutan akhir UPSR

September
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) format baru 
Sambutan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan

Oktober 
Kejohanan Olahraga Tahunan 
Hari Sukan Negara
Program masterchef #pascaupsr
Program mewarna batik yang dicanting #pascaupsr
Lawatan sambil belajar ke Kota Tinggi #pascaupsr

November
Hari Anugerah Kecemerlangan 
Hari Graduasi pelajar Tahun 6
Jamuan Akhir tahu 2016
Jamuan perpisahan pelajar tahun 6






Selamat bercuti diucapkan kepada semua. jaga diri dan keselamatan serta kesihatan di mana jua anda berada. manfaatkan cuti ini dengan sebaiknya terutama bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun 2017.

tahun 2016 meninggalkan banyak memori pahit manis dan juga suka duka.
tahun 2016 juga menyaksikan detik SRAB melepaskan beberapa orang warga SRAB Mersing yang telah banyak menyumbang khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan di sini. terdapat beberapa orang guru yang telah berpindah meninggalkan bumi Mersing kerana Allah telah menentukan rezeki mereka di tempat lain. Pada bulan Mac yang lalu Encik KhairulAzman berpindah tempat bertugas di Pusat Kegiatan Guru di PKG bandar Renggam sebagai pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan. manakala pada bulan november pula SRAB Mersing dengan berat hati terpaksa melepaskan seorang lagi guru iaitu Ustazah Nur Fazirin binti Mohamed Nasir. Setelah 3 tahun mencuba akhirnya permohonan tukar beliau diluluskan pada tahun ini. Puan Fazirin akan bertugas di kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan awal 2017 nanti.

tahun 2016 juga merupakan tahun yang manis di mana beberapa orang cahaya mata guru guru SRAB lahir pada tahun ini. tahniah dan syaba diucapkan kepada Encik KhairulAzman dan isteri atas kelahiran puteri yang comel Auni Nur Dini binti KhairulAzman nama diberi lahir pada Januari 2016. manakala pada penghujung Januari, cahaya mata putera yang comel Cikgu Asrul Anwar dan isteri. pada bulan Mac, Cikgu Roslinda Ghafar selamat melahirkan puteri comel bernama Nur Rayhann Imani binti Mohd Izani. pada bulan April pula Cikgu Norrul Azwani Yanty binti Ibrahim selamat melahirkan putera yang comel, baby Luqmanul Haqim nama diberi. Pada bulan Ogos, Ustazah Nur Fazirin selamat melahirkan bayi kedua, kali ini baby boy yang sangat comel, Tengku Iskandar bin Tengku Muhammad Shahrul nama diberi.

tidak dilupakan tahun 2016 juga meninggalkan kesan mendalam terutama pada guru guru UPSR berikutan format terbaru yang menyaksikan para pelajar harapan SRAB tidak memperoleh A sebagaimana yang diharapkan. hal ini kerana gred bagi format kali ini terlalu tinggi. walau bagaimanapun kami para guru UPSR tetap berbangga dengan pencapaian anak anak UPSR dan SDEA tahun 2016. anda semua hebat di mata kami. teruskan melangkah dan berusaha. doa kami sentiasa mengiringi kalian.

juga terdapat beberapa program yang tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang berikutan terdapat kekangan dari beberapa aspek seperti masa dan juga kewangan. Insya Allah pada tahun 2017 diharapkan SRAB Mersing akan terus gemilang dalam semua aspek. SRAB Raqam Wahid!

Jamuan Perpisahan Pelajar Tahun 6

Pada tanggal 24 November yang lalu, merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2016. Pada tanggal ini juga telah diadakan Jamuan Perpisahan Pelajar Tahun 6 sesi 2016 iaitu 6 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Khaldun. 

Berikut merupakan coretan peristiwa sepanjang Jamuan Perpisahan ini berlangsung.  

Pelbagai juadah disediakan. Walapun ringkas tetapi amat bermakna bagi meraikan para pelajar sekalian.  

Wafiyuddin, A'afif dan Yasin

Khairul Na'im, Yasin, Ihsan Haziq dan Ahmad Yasin Hafizi

Sharifah Najma, Farahin Sahira Haziqah, Zarfina Insyirah, Nur Aqilah Teng Hock dan Nur Hidayah

Go Go Power Rangers :)




Cik 'Ainul selaku ketua penyelaras Tahun 6


Haziq Hamzah dengan senyuman manis

Iklan colgate bersama Haiqal Luqman Haqim dan Haziq Hamzah







Juadah yang dibawa oleh para pelajar

karipap

kek batik


puding marble

latihan vokal bersama abang macho Ihsan Haziq dan Ahmad Yassin Hafizi

Anak dara la ni? Nurul Aina Raudah sedang memotong kek

Harnisya Nabila sedang menyusun roti john di dalam pinggan polisterina

Latifah Humairah dan Nurl Dania Batrisyia turut sama menyusun roti john di dalam pinggan



roti john yang sedap dimakan. ditempah di kedai makan di Kampung Air Merah

dari kiri: Sofri Syakirin, Syafie, Alif Aiman, Ahmad Yassin Hafizi, Ihsan Haziq, Wafiyuddin, Amirul Hamizan, A'afif, Ammar Amsyar

dari belakang: Nur Diny Adreanna, Nur Fatihah, Nur Shakinah Najwa, Nurl Dania Batrisyia, Latifah Humairah, Adriana, Nurul Ainaa Raudah
barisan hadapan: Aleeya Natasya, Harnisya Nabila, Nasyuhah Iman, Yasmin Afiqah, Nur Aqilah dan Nur Hidayah.

barisan hadapan: Aleeya Asyikin, Nur 'Ain Syamimi, Zarfina Insyirah, Farahin Sahira Haziqah, Nur Lylia Ezatty, Aleeya Natasya
barisan belakang: Sharifah Najma, Nur Diny Adreanna, Nur Darlina, Ainul Mardhiah 

wajah wajah srikandi tahun 6 SRAB Mersing 

abang abang macho tahun 6 :)

Yasin, Haziq Hamzah, Haiqal Luqman Haqim, Syafiq dan Khairul Na'im

masing masing dah tak sabar nak makan ye

masing masing sedang khusyuk mendengar

sedang menonton tayangan video yang disediakan Cik 'Ainul Mardiah

nampaknya masing masing begitu teruja

barisan hadapan: Aleeya Asyikin, Nur 'Ain Syamimi, Zarfina Insyirah, Farahin Sahira Haziqah, Nur Lylia Ezzaty, Aleeya Natasya, Harnisya Nabila, Nasyuhah Iman
barisan belakang: Ulfah Adriana Batrisyia, Nur Syafiqah, Sharifah Najma, Zulaikha Izazi

wajah wajah pengawas sekolah lantikan 2016
Ulfah Adriana Batrisyia, Nur Syafiqah, Sharifah Najma,
Aleeya Asyikin, Nur 'Ain Syamimi, Zarfina Insyirah


Guru Besar SRAB Mersing, Pn Hajah Nasibah sedang menyampaikan ucapan

Antara guru yang hadir ke Jamuan Perpisahan Pelajar tahun 6
Puan Nur Afiqah, Pn Nur Hidayah, Pn Royani, Cik Roziyati, Pn Salbiah, En Mohd Rifana (menyorok di belakang), En Mohd Amirrul Hakim, Pn Ros Linda dan Cik Noor Hafizah



bacaan doa makan oleh Ustaz Mohd Rifana


Ucapan ringkas oleh En Mohd Amirrul Hakim

atau lebih dikenali sebagai Mr Amirrul. Beliau mengajar Bahasa Inggeris Tahun 6 Ibnu Sina 

Cik Roziyati sedang menyampaikan ucapan 

begitu khuysuk guru guru sekalian memberikan perhatian 

Pn Umi Fairus selaku Guru subjek sains bagi kelas 6 Ibnu Khaldun

Pn Nur Afiqah selaku guru matematik tahun 6 Ibnu Khaldun

En Mohd Rifana yang ceria dan happy. Susah betul nak ambil gambar beliau ni

Cik 'Ainul Mardiah selaku guru bahasa melayu Tahun 6 Ibnu Sina dan Ketua Penyelaras UPSR Tahun 2016 

Tibalah masanya untuk makan

Syafiq dan Yasin mengambil makanan yang disediakan 

Nurul Ainaa Raudah menyampaikan cenderahati kenang kenangan kepada Pn Hajah Nasibah


Kata kata dan ucapan yang dihasilkan oleh para pelajar tahun 6 sekalian


Jemput minum semua

Jemput makan semua









Cikgu Afiqah bergambar bersama jejaka terhangat di pasaran :)





Bergambar dengan guru kelas, Cik Ainul Mardiah




Sudah adat pertemuan, yang bertemu pasti akan berakhir namun ini pasti bukan pengakhirannya. Semoga pelajar pelajar sekalian terus maju di masa akan datang. Jaga diri, iman dan akhlak walau di mana jua kamu berada. Salam sayang daripada kami semua, warga pendidik SRAB Mersing.