Wednesday 7 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Warga SRAB Mersing ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada warga PPAD Mersing, AJK PIBG SRAB Mersing, ibu bapa / penjaga murid SRAB Mersing.Semoga hari raya ini memberi keberkatan dan kerahmatan untuk kita.

Kepada yang pulang ke kampung sentiasa berhati-hati di jalan raya.Ingatlah kata-kata ini "Pandu Cermat Jiwa Selamat"

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.


Saturday 3 August 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SRAB MERSING

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat SRAB Mersing 1434 H/ 2013 M telah selamat berlansung pada hari Khamis, 1 Julai 2013.Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan seperti Pertandingan Tulisan Khat, Pertandingan Hafazan tahap satu / dua dan pertandingan Takbir Raya tahap satu / dua.

Majlis ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengah hari.Pada jam 2.00 petang pula telah berlangsung upacara khatam Quran sehingga upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dan pemberian juadah berbuka puasa kepada ibu bapa, murid-murid dan guru-guru.

1)Pertandingan Tulisan khat





2) Pertandingan Hafazan




3)Pertandingan Takbir Raya



4) Majlis khatam Al-Quran





Kepada semua yang terlibat diucapkan terima kasih..

Sunday 21 July 2013

UJIAN KEMASUKAN KE TAHUN 1 2014

Alhamdulillah.Ujian kemasukan tahun 1 2014 telah selamat dijalankan di SRAB Mersing pada hari Sabtu, 20 Julai 2014 jam 8.00 pagi.Ibu bapa telah diberikan taklimat di Dewan SRAB Mersing.


SUASANA DI BILIK UJIAN







MAJLIS TAKLIMAT UNTUK IBU BAPA








SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke blog rasmi Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing.Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru terutamanya guru-guru SRAB Mersing.Jika terdapat sebarang masalah, komen atau apa-apa sahaja cadangan yang boleh meningkatkan mutu perkhidmatan kami.Anda boleh terus berhubung dengan kami.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

admin