Wednesday 31 December 2014

PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN SESI 2015

Pada penghujung tahun 2014, iaitu 31 Disember 2014 yang lalu, setiap sekolah seluruh Malaysia pastinya sibuk dengan persediaan sesi persekolahan 2015. Guru - guru dan kakitangan sekolah pastinya bertungkus lumus membuat persiapan bagi para pelajar sebelum sesi persekolahan baru bermula. Ibu bapa juga tak kurang sibuknya untuk bersiap sedia dalam segala hal bagi memastikan keperluan anak masing masing mencukupi untuk memulakan sesi persekolahan 2015. 
yang pastinya, kerenah anak anak terutama si cilik yang berusia 7 tahun yang mencuit hati. Ini merupakan saat pertama mereka melangkah ke alam persekolahan sebenar iaitu Darjah 1 di alam persekolahan. 

berikut merupakan coretan semasa hari pendaftaran persekolahan sesi 2015 di SRAB Mersing. 

telatah anak anak tahun 1 yang sempat dirakam. mereka sedang khusyuk memandang ke arah ibu bapa mereka saat taklimat diberikan. 

Jangan bimbang anak anak. Guru guru  SRAB Mersing baik baik (kacak dan cantik) juga. :). Anak anak belajar rajin rajin ya. Moga kejayaan sentiasa dalam gengamanmu. 

Ibu bapa yang hadir bagi mendengar taklimat bagi anak anak Tahun 1

Ustaz Norizam, salah seorang guru kelas Tahun 1 Bukhari bersedia memberikan taklimat kepada para ibu bapa dan penjaga yang hadir. 

keletah anak anak yang sempat dirakam. 

khusyuk mendengar taklimat para hadirin sekalian. 

jangan menangis ya anak anak. Alam persekolahan di SRAB Mersing pastinya menyeronokkan dan banyak pengalaman yang bakal ditimba


saat ini pastinya tidak berulang. Hargai masa kanak kanakmu wahai anak anak sekalian. Rebutlah dan nikmatilah pengalaman yang berharga semasa zaman kanak kanakmu. 

Puan Salina binti Awang, GPK HEM SRAB Mersing turut memberikan taklimat mengenai disiplin serta peraturan sekolah kepada para ibu bapa dan penjaga serta anak anak tahun 1. 

Puan Salina binti Awang menerangkan mengenai buku peraturan yang perlu dibaca dan diambil berat oleh ibu bapa dan penjaga serta anak anak tahun 1. 

Ustaz Ros bin Hashim, GPK 1 SRAB Mersing turut sama sama turun padang bersama Ustaz Norizam bagi sesi taklimat sesi pendaftaran persekolahan 2015. 

Sementara guru guru kelas tahun 1 bagi sesi persekolahan 2015 menjalankan tugas membuat taklimat, guru guru kelas yang lain bersedia menunggu di kaunter bagi ibu bapa, penjaga serta waris yang datang bagi urusan membayar yuran buku serta alat tulis anak anak sebelum bermulanya sesi persekolahan 2015.

berikut ialah coretan yang dirakam semasa pembayarn yuran sesi persekolahan sekitar SRAB Mersing.

Ustaz Asrul Answar bin Mohd Ali, guru kelas tahun 5 Ibnu Sina sedang membuat resit pembayaran kepada En Lajakarek, waris kepada pelajar Tahun 5 Ibnu Sina. 

Ustaz Mohd Ali bin Supandi, bertanggungjawab sebagai guru kelas 5 Ibnu Khaldun mmebuat resit pembayaran bagi ibu bapa/waris pelajar 5 Ibnu Khaldun. 

Ustazah Fazilah binti Buang, Ustazah Salbiah binti Mastor dan Ustazah Hasnita binti Hassan sedang berbual sementara menunggu kedatangan ibu bapa dan penjaga bagi kelas masing masing. 

Ustazah Royani binti Denid, sedang membuat resit pembayaran kepada waris bagi pelajar tahun 6 Ghazali. 

Ustaz Ramlan bin Ahmad serta Cik Nur Fatin Aliyya binti Azizan sedang melayan ibu bapa dan penjaga pelajar 6 Tarmizi yang hadir bagi membuat pembayaran yuran sesi persekolahan anak. 

Puan Norrul Azwani Yanty yang memikul tanggungjawab sebagai guru kelas 2 Maliki sedang khusyuk mengira jumlah bayaran daripada ibu bapa dan penjaga 2 Maliki.
Ustaz Rifana bin Bahari tak kurang juga sibuknya yang sedang menguruskan kelas 2 Hambali.
Cik Roslinda binti Ghafar juga sedang sibuk menguruskan kelas 3 Hanafi.

begitu ceria ustaz Rifana bin Bahari melayan ibu bapa serta penjaga yang hadir. 

antara ibu bapa bapa, penjaga serta waris yang hadir semasa sesi pembayaran yuran bagi sesi persekolahan 2015. 

Cik Roslinda binti Ghafar. yang ayu dan manis sedang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. 

suasana yang dapat dilihat semasa sesi pembayaran yuran sedang berlangsung di bilik darjah. 

sementara itu di kelas 1 Bukhari juga dapat dilihat suasana ibu bapa serat penjaga yang sedang menunggu giliran untuk bayaran yuran sesi persekolahan anak masing masing. 

si cilik yang turut hadir memberikan sokongan kepada kakaknya yang bakal memasuki alam persekolahan tidak lama lagi. 

Semakin menginjak waktu, semakin ramai ibu bapa serta penjaga yang hadir 

walau sesibuk mana pun seorang ibu tetap hadir untuk melaksanakan tanggungjawab menguruskan hal ehwal persekolahan anak anak. syabas kepada kakak jururawat ini.
turut kelihatan di dalam gambar ialah Cik Roslinda binti Ghafar, Ustazah Fazilah biti Buang, Cik Nur Afiqah binti Azhar serta Ustaz Mohd Ali bin Supandi. 

begitu khusyuk serta komited Ustaz Asrul Anwar bin Mohd Ali serta Ustaz Mohd Ali bin Supandi dengan tanggungjawab masing masing

Ustazah Salbiah binti Mastor bersama Ustazah Hasnita binti Hassan selaku guru kelas 4 Farabi sedang sama sama melayan ibu bapa serta penjaga kelas masing masing.

ibu bapa yang setia serta sabar menunggu giliran masing masing. 

Cik Noor Hafizah binti Abu Hassan selaku guru kelas 3 Hanafi sedang membuat resit bayaran yuran persekolahan kepada ibu bapa serta penjaga 3 Hanafi yang hadir. 

tahniah kepada ibu bapa yang hadir bagi menjalankan tanggungjawab masing masing dalam memastikan sesi persekolahan anak berjalan dengan lancar. 

aksi yang dapat dirakam. 


tersipu malu Cik Roslinda binti Ghafar serta Ustazah Fazilah binti Buang. 

berehat sebentar sementara menunggu kehadiran ibu bapa serta penjaga bagi kelas masing masing.
Senyuman manis daripada Cik Nur Afiqah binti Azhar. Turut kelihatan Ustaz Mohd Ali bin Supandi dan amboi khusyuknya Ustaz Asrul Anwar bin Mohd Ali. Ke sekadar buat buat sibuk? :) 



bunga bunga yang menyerikan SRAB Mersing :)
Cik Nur Afiqah selaku guru kelas 5 Ibnu Khaldun, Cik Nur Fatin Aliyya binti Azizan selaku guru kelas 6 Tarmizi (jauhnya berjalan). turut kelihatan Ustazah Fazilah binti Buang serta Cik Roslinda binti Ghafar selaku guru kelas 4 Kindi. 

tibalah giliran para guru yang juga merupakan ibu bapa membuat bayaran yuran.
Ustaz Mohd Ali bin Supandi sedang berurusan dengan Puan Norrul Azwani Yanty binti Ibrahim bagi membuat bayaran yuran sesi persekolahan anaknya yang berada di tahun 2 Maliki. 

tidak ketinggalan, GPK 1 SRAB Mersing, Ustaz Ros bin Hashim sedang berurusan dengan guru kelas 5 Ibnu Sina, UStaz Asrul Anwar bin Mohd Ali.
kedua duanya sedang control macho. :) 

alhamdulillah akhirnya selesai sudah sesi bayaran yuran serta taklimat bagi pelajar SRAB Mersing sebelum bermulanya sesi persekolahan 2015.