Thursday 14 January 2016

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

Watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber SRAB Mersing telah disampaikan oleh Guru Besar SRAB Mersing, Puan Hajah Nasibah binti Abdul Kadir.

Bacaan ikrar diketuai oleh adik Sofri Syakirin. bin Imran dari kelas 6 Ibnu Khaldun 

Pusat Sumber SRAB Mersing di bawah pimpinan Puan Roslinda Ghafar dan Encik Amirrul Hakim bin Mansor


Syabas dan tahniah kami ucapakan dan selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi buat para pustakawan. 

Thursday 7 January 2016

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SRAB MERSING 2016




Pada 7 Januari 2016, semasa Perhimpunan Rasmi pertama bagi tahun 2016, Ustaz Norizam bin Malik selaku Guru Pengawas SRAB Mersing telah menerajui barisan Pengawas Sekolah.

Watikah Pelantikan telah disampaikan oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Nasibah binti Abdul Kadir.

Berikut adalah carta organisasi utama Badan Pengawas SRAB mersing 2016

Ketua Pengawas : Mohd Shafiq bin Mohd Rafi
Penolong Ketua Pengawas : Nur Darlina binti Md Yazid
Setiausaha : Sharifah Najma binti Syed Abdul Rahman

Ikrar pengawas telah diketuai oleh Mohd Shafiq bin Mohd Rafi.

Moga terus telus dalam menjalankan amanah yang diberi. Syabas diucapkan kepada barisan Pengawas SRAB Mersing 2016.


Tuesday 5 January 2016

SELAMAT DATANG CIK HAFIFAH

Alhamdulillah saban hari rezeki SRAB Mersing tidak putus.
Menerima kehadiran guru KGSK bagi subjek Bahasa Inggeris.

Diharap dengan bertambahnya bilangan guru guru hatta sebagai sebagai guru ganti sekalipun dapat melancarkan lagi pengurusan terutama pelajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah kerana kita sedia maklum SRAB Mersing memang kekurangan kakitangan.

Selamat datang diucapkan kepada Cik Hafifah :)

Monday 4 January 2016

SELAMAT DATANG CIK RAHIDA YANI

Syukur alhamdulillah. Rezeki SRAB Mersing menerima kehadiran guru KGSK - BM pada hari ini, iaitu Cik Rahida Yani.

Moga dengan bertambahnya bilangan kakikatangan SRAB Mersing akan memudahkan lagi pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Manis oragnya cikgu seorang ni. Selamat menjadi sebahagian daripada warga SRAB Mersing :)

Sunday 3 January 2016

SELAMAT DATANG CIK KHAIRUNNISA

Bermulanya sesi persekolahan SRAB Mersing bagi tahun 2016, Alhamdulillah rezeki untuk SRAB Mersing tak pernah putus.

Pada hari ini SRAB mersing menerima kehadiran pembantu tadbir yang baru menggantikan Cik Nur Isti Qurratuaini, iaitu Cik Kahirunnisa.

Selamat datang diucapkan kepada Cik Khairunnisa.

Selamat datang ke keluarga besar SRAB Mersing :)

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH




Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada seluruh warga pendidik SRAB Mersing bagi Sesi Persekolahan 2016

kepada anak anak SRAB Mersing, selamat menempuh alam persekolahan bagi tahun 2016. kami para guru SRAB Mersing mengalu alukan kedatangan anak anak sekalian.

Tahun 1 Mumtaz
Tahun 1 Imtiaz
Tahun 2 Bukhari
Tahun 2 Syafie
Tahun 3 Maliki
Tahun 3 Hanbali
Tahun 4 Hanafi
Tahun 5 Farabi
Tahun 5 Kindi
Tahun 6 Ibnu Sina
Tahun 6 Ibnu Khaldun