Thursday 26 January 2017

Majlis Perpisahan Cik Khairunnisah Bt Kamaruddin

Penghujung Januari turut menyaksikan perpisahan salah seorang warga SRAB Mersing iaitu Saudari Khairunisah binti Kamaruddin.

Cik Nisah merupakan pembantu tadbir pengurusan di SRAB mersing dan telah berkhidmat hampir setahun di SRAB Mersing. 

kek red velvet yang ditempah khas di Tuya Cafe yang sangat lazat. 

Cik Nisah menyampaikan ucapan terakhir. Secara rasminya kontrak perkhidmatan Cik Nisah tamat pada hari ini. Dukacita kami rasakan namun apakan daya suratan takdir penentu segala.

Ustaz Ros menyampaikan cenderahati kenang kenangan kepada Cik Nisah.

upacara memotong kek.
Ustazah Salina, ustazah Royani dan Cik Miera


selamat maju jaya kami ucapkan kepada Cik Nisah. Jangan serik untuk datang ke SRAB Mersing. pintu SRAB Mersing sentiasa terbuka untuk Cik Nisah. Semoga di sautu masa nanti kita akan dapat berjumpa semula. 

No comments: