Friday 25 November 2016

YES Dongle


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2016, guru guru SRAB mersing telah menerima dongle yes 1 bestari net agihan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia unutk seluruh warga pendidik. 

Guru ICT, Puan Ros Linda binti Bahrom telah memberikan taklimat ringkas mengenai penggunaan dongle yes kepada guru guru. 


Diharapkna dengan adanya kemudahan dongle yes ini guru guru sekalian dapat menggunakan kemudahan internet di mana jua tanpa had. mereka dapat mengakses internet untuk kegunaan kerja dan sebagainya, Semoga kemudahan dongle yes ini juga dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru untuk bergiat aktif menggunakan Frog VLE masing masing. 

hal ini kerana matlamat utama dongel yes ialah sebagai galakan dan motivasi kepada guru guru untuk teus aktif menggunakan Frog VLE mereka menggunakan id yes yang telah diberikan. 


Selamat maju jaya diucapkan kepada guru guru sekalian. sekiranya guru guru menghadapi sebarang masalah semasa mengaktifkan dongle yes ini bolehlah merujuk kepada Puan Ros Linda atau mana aman guru di bawah unit ICT. 

Semoga guru guru sekalian dapat membudayakan amalan menggunakan alam maya menerusi Frog VLE dengan lebih aktif lagi. 

No comments: