Tuesday 21 July 2015

WELCOME BACK TO SCHOOL


Genap seminggu kita semua bercuti serta menyambut Syawal mulia, kini tibalah masa untuk meninggalkan kampung halaman masing masing bagi menyempurnakan tugas masing masing.

Bagi yang memandu, berhati hati di jalan raya. patuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. pandu cermat jiwa selamat. bagi yang menaiki kenderaan awam, berhati hati, jangan lupa baca doa kenderaan. semoga selamat sampai semuanya. pastikan barang barang dijaga dengan baik dan diletakkan berdekatan anda.

Kepada warga SRAB Mersing sekalian, selamat memulakan tugas pada esok hari dengan penuh semangat dan ceria di lebaran kali ini.
bagi anak anak SRAB mersing sekalian, latih tubi dan latihan jangan dilupakan, seminggu tidak bertemu muka dengan buku, kini masanya untuk mengulangkaji pelajaran terutamanya calon calon UPSR 2015. 

sekian, pesanan ikhlas daripada admin, 
5 Syawal 1436H, 5.15 petang. 


Friday 17 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1436H

1 Syawal tibalah kini, menyambut lebaran yang dinanti.
Semoga berjumpa lagi Ramadhan akan datang, insya Allah moga dipanjangkan umur dan jodoh kita semua untuk berjumpa Ramadhan tahun hadapan.

Warga SRAB Mersing dengan ikhlas takzimnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin kepada semua.
Berhati hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi semuanya.

Selamat menikmati juadaha raya seperti ketupat rendang lemang beraneka jenis kuih raya serta ziarah menziarahi dan kunjung mengunjung mengeratkan silaturrahim amalan mulia.

Kepada anak anak SRAB Mersing sekalian, raikan lebaran ini dengan bersederhana. Raya raya jugak buku dan ulangkaji jangan dilupa terutamanya kepada para pelajar tahun 6 yakni calon UPSR 2015.

Kepada rakan sekerja SRAB Mersing sekalian, raikan lebaran dengan yangg tersayang dan nikmati setiap detik bersama yang tercinta. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah selalu. Amin.










Wednesday 15 July 2015

Selamat Datang Cikgu Ros Linda

Selamat datang diucapkan kepada tenaga pengajar SRAB Mersing yang baru iaitu Puan Ros Linda binti Bahrom.

Sedikit latar belakang mengenai Cikgu Ros Linda. Beliau merupakan anak jati Johor iaitu Felda Nitar. Beliau sebelum ini berbakti sebagai tenaga pengajar di SRAB Kluang sebelum bertugas di SRAB Mersing. Beliau memperoleh Diploma Pendidikan Malaysia dari Institut Perguruan Kampus Perempaun Melayu Melaka. Cikgu Ros Linda sebelum ini telah berkhidmat dengan Sekolah Agama Kerajaan Johor seawal tahun 1997 hingga 2008 sebelum mula mengajar di Sekolah Rendah Agama Bersepadu pada tahun 2008.

Cikgu Ros Linda merupakan seorang guru yang arif dan berpengalaman dalam bidang ICT dan juga guru LINUS. Semoga Cikgu Ros Linda dapat berkongsi pengalaman dengan para guru di SRAB Mersing.

Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga SRAB Mersing kami ucapkan.

Sunday 12 July 2015

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR


Buat calon calon UPSR 2015, doa kami para guru SRAB Mersing sentiasa mengiringi kalian sekalian. Cuba sehabis baik. Moga kejayaan milik kita bersama. 








Saturday 4 July 2015

BANGUNAN ICT SRAB MERSING

Alhamdulillah, rezeki demi rezeki buat warga SRAB Mersing sekalian. pada awal Jun yang lalu, pihak SRAB Mersing telah mendapat kelulusan untuk membina sebuah lagi bangunan iaitu bangunan ICT.

Dengan adanya kemudahan ICT, para pelajar khususnya dapat menggunakan kemudahan teknologi maklumat sebaik mungkin serta dapat meningkatkan taraf penggunaan FROG VLE dalam pengajaran dan pembelajaran buat warga SRAB Mersing sekalian. 

untuk makluman semua, unit ICT SRAB Mersing di bawah kelolaaan Encik Khairul Azman bin Dollah. 

tahniah sekali lagi diucapkan kepada warga SRAB Mersing sekalian. Marilah kita sama sama memanfaatkan kemudahan yang diberikan.