Wednesday 29 October 2014

SRAB MERSING DALAM AKHBAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Masihkah kalian ingat akan Kumpulan Nasyid SRAB Mersing iaitu Shaoutul Banin.
Alhamdulillah selepas satu persatu kejayaan ditempa bagi kumpulan nasyid SRAB Mersing. Syukur alhamdulillah, berkat usaha yang tidak berbelah bagi juga semangat dan usaha jitu yang tak pernah luntur setiap ahli kumpulan nasyid Shoutul Banin yang menjulang serta menaikkan nama SRAB Mersing sehingga dikenali. Kumpulan nasyid Shoutul Banin memperoleh rezeki membuat persembahan selain menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak swasta mahupun mana mana anjuran sekitar Mersing.

berikutan kejayaan SRAB Mersing semasa Ihtifal Ilmi bagi pertandingan nasyid bagi seluruh SRAB di Johor Bahru baru - baru ini, pihak utusan menghubungi Ustaz Rifana untuk dimuat naik kedalam akhbar utusan. diharapkan dengan terbitnya kumpulan nasyid SRAB Mersing di dada akhbar akan lebih menaikkan serta memberikan semangat Shoutul Banin agar berusaha lebih keras untuk maju ke depan serta menempa nama di masa akan datang. Insya Allah. 


dan ini ialah hasil kejayaan yang kita kongsi bersama.

tahniah sekali lagi buat warga SRAB. 

untuk berita penuh, bolehlah klik pada pautan berikut. 

Wednesday 22 October 2014

SELAMAT HARI DEEPAVALI


wishing everybody Happy Diwali 
Happy Lights Festival to all Hindus who are celebrating Deepavali.

Saturday 11 October 2014

IHTIFAL ILMI SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU SELURUH JOHOR

Pada 11 Oktober yang lalu, Kumpulan Nasyid SRAB Mersing telah menyertai pertandingan nasyid Ihtifal Ilmi peringkat Negeri Johor bertempat di SRAB Johor Bahru. 


Kumpulan Nasyid Lelaki mengambil peluang yang ada bagi memantapkan lagi prestasi latihan mereka sementara menunggu ketibaan bas yang akan membawa mereka semua ke tempat pertandingan nasyid. En Mohd Rifana memantau ahli kumpulan nasyid lelaki membuat latihan. 

Antara guru pengiring wanita SRAB Mersing.
Cik Nur Fatin Aliyya, Cik Nur Afiqah,Cik 'Ainul Mardiah dan Cik Roslinda.

Ahli kumpulan nasyid perempuan juga tidak mensia siakn masa yang ada dengan membuat latihan

setelah menunggu hampir satu jam setengah lamanya, bas akhirnya tiba dan membawa kami ke destinasi. 

Alhamdulillah.Selamat tiba di SRAB Johor Bahru. 

Suasana yang dapat dilihat di lokasi pertandingan nasyid di SRAB Johor Bahru

Ahli kumpulan nasyid perempuan SRAB Mersing.
Iman Iwana, Fatin,Fitri, Aqilah,Fatehah dan Khadijah

Ahli kumpulan nasyid perempuan mengambil sarapan yang disediakan oleh pihak penganjur kerana giliran persembahan mereka belum tiba lagi


Ahli kumpulan nasyid lelaki SRAB Mersing mempersiapkan diri masing masing

Cik 'Ainul Mardiah mempersiapkan ahli kumpulan nasyid perempuan SRAB Mersing

SRAB Mersing di SRAB Johor Bahru
Cik Afiqah,Cik Roslinda,Ustaz Ali,Ustaz Zainal Fitri dan Cik 'Ainul Mardiah bersama peserta nasyid perempuan SRAB Mersing

giliran mereka akan bermula sebentar lagi. Semoga Berjaya!

pentas persembahan nasyid Ihtifal Ilmi peringkat negeri Johor

Lontaran suara Amiran memukau penonton dan juri di dalam dewan

ahli kumpulan nasyid lelaki sedang membuat persembahan. Semoga kemenangan berpihak kepada SRAB Mersing

ahli kumpulan nasyid perempuan SRAB Mersing menunggu dengan sabar giliran mereka. turut kelihatan ialah Puan Royani, Penolong Kanan Kokurikulum SRAB Mersing

Khusyuk mendengar ahli kumpulan nasyid lelaki membuat persembahan.
turut kelihatan ialah Cik Nur Afiqah dan Puan Royani

Semoga Berjaya anak anak sekalian

Ahli kumpulan nasyid lelaki telah selesai membuat persembahan.Cik Nur Afiqah tersenyum manis di belakang.manakala Samirul Amin menunjukkan pose 'peace'kerana telah selesai membuat persembahan. 

tibalah pula giliran peserta nasyid perempuan SRAB Mersing bersama guru yang melatih mereka siang dan malam, Cik 'Ainul Mardiah dan Puan Fazilah.
Buat sehabis baik anak anak sekalian.

Cik Roslinda dan Cik Amiera setia menunggu di luar dewan.

Persembahan nasyid oleh Ahli kumpulan nasyid perempuan SRAB Mersing

mengalas perut setelah selesai membuat persembahan.kelihatan masing masing sudah letih kerana hari sudah petang.
setelah kesemua peserta dari setiap dareah membuat persembahan.tibalah masa yang ditunggu tunggu iaitu pengumuman keputusan pertandingan nasyid 

Alhamdulillah.. seperti yang dijangka, kumpulan nasyid lelaki SRAB Mersing berjaya mendapat tempat ketiga Ihtifal Ilmi peringkat negeri Johor 2014.
Berikut adalah keputusan penuh pertandingan nasyid Ihtifal Ilmi peringkat negeri Johor di SRAB Johor Bahru 2014:

Kategori Lelaki:
1.Tempat pertama: SRABJohor Bahru
2.Tempat kedua: SRAB Kluang
3.Tempat Ketiga: SRAB Mersing

Saguhati:
4. SRAB Muar
5.SRAB Segamat
6.SRAB Batu Pahat
7.SRAB Pontian
8. SRAB Kota Tinggi

Kategori Perempuan:
1.Tempat pertama: SRAB Johor Bahru
2.Tempat kedua: SRAB Segamat
3.SRAB Kluang

Saguhati:
4. SRAB Muar
5.SRAB Mersing
6.SRAB Batu Pahat
7.SRAB Kota Tinggi
8.SRAB Pontian.

Johan Keseluruhan pertandingan nasyid Ihtifal Ilmi 2014:
SRAB Johor Bahru.

syabas diucapkan kepada Ahli Kumpulan Nasyid lelaki SRAB Mersing.turut kelihatan ialah Puan Hajah Nasibah, Guru Besar SRAB Mersing

senyuman manis terpancar di wajah guru pengiring SRAB Mersing selepas keputusan diumumkan.
Puan Royani,Cik Amiera, Puan Fazilah, Cik 'Ainul Mardiah dan Cik Roslinda.


Ahli Kumpulan Nasyid lelaki dan perempuan SRAB Mersing.

SRAB Mersing di SRAB Johor Bahru bersama senyuman manis yang jelas terpancar di wajah masing masing
Tahniah dan syabas diucapkan.
moga SRAB Mersing akan berjaya menaikkan lagi nama SRAB Mersing di dalam semua pertandingan.Insya Allah.  Semoga SRAB Mersing terus maju di masa hadapan/

Sunday 5 October 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Salam Aidiladha daripada warga SRAB Mersing buat semua

Bersihkan hati sucikan nurani, semoga Aidiladha 1435 H kali ini membawa seribu erti buat kita semua.