Friday 9 September 2016

Cuti Pertengahan Penggal Kedua 2016

Cuti sekolah tiba lagi. Selamat bercuti diucapkan kepada semua. 
Kepada calon calon UPSR 2016, sudah tentu perasaan 'merdeka' dalam hati tetapi harus diingat kepada semua calon SDEA SRAB Mersing, kurang daripada 2 bulan sahaja lagi tempoh peperiksaan SDEA menjelang tiba. jadi, teruskan bertahan dan luangkan masa cuti dengan sederhana di samping membuat persiapan menghadapi peperiksaan seterusnya dengan sebaik mungkin.

kepada semua guru guru UPSR yang telah bertungkus lumus selama hampir 9 bulan sejak dari awal 2016, pastinya perasaan lega yang tak terucap dengan kata kata dapat dizahirkan. segala penat lelah, keringat, masa dan tenaga demi UPSR akhirnya tiba ke penghujungnya. bagaimanapun, selagi keputusan belum diumumkan selagi itulah perasaan masih tidak keruan. 

apapon, selamat bercuti dan rehatlah sebentar. 
hati hati memandu di jalan raaya, jaga kesihatan dan yang paling penting, jaga hati, jaga solat dan jaga iman. 






Sunday 4 September 2016

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR


Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon UPSR 2016 SRAB Mersing.
buat sehabis baik. kami sentiasa mendoakan kejayaan kita bersama.