Tuesday 3 May 2016

Selamat Datang Cikgu Norul Azni

Pada hari ini, SRAB Mersing sekali lagi telah menerima kehadiran tenaga pengajar yang baru.
Selamat datang iducapkan kepada Cikgu Norul Azni binti Omar.

sedikit latar belakang mengenai cikgu Azni. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 3 tahun sebelum bertugas di SRAB Mersing. Beliau merupakan guru opsyen bagi mata pelajaran Sejarah.

Beliau berasal dari Perak. Orangnya kurus dan keil molek dan tidak lokek dengan senyuman. Beliau pernah mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi. Beliau juga mempunyai Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dari Institut Perguruan Kampus Perlis.

Selamat datang ke keluarga besar SRAB Mersing kami ucapkan kepada Cikgu Azni.