Wednesday 7 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Warga SRAB Mersing ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada warga PPAD Mersing, AJK PIBG SRAB Mersing, ibu bapa / penjaga murid SRAB Mersing.Semoga hari raya ini memberi keberkatan dan kerahmatan untuk kita.

Kepada yang pulang ke kampung sentiasa berhati-hati di jalan raya.Ingatlah kata-kata ini "Pandu Cermat Jiwa Selamat"

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.


Saturday 3 August 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SRAB MERSING

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat SRAB Mersing 1434 H/ 2013 M telah selamat berlansung pada hari Khamis, 1 Julai 2013.Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan seperti Pertandingan Tulisan Khat, Pertandingan Hafazan tahap satu / dua dan pertandingan Takbir Raya tahap satu / dua.

Majlis ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengah hari.Pada jam 2.00 petang pula telah berlangsung upacara khatam Quran sehingga upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dan pemberian juadah berbuka puasa kepada ibu bapa, murid-murid dan guru-guru.

1)Pertandingan Tulisan khat





2) Pertandingan Hafazan




3)Pertandingan Takbir Raya



4) Majlis khatam Al-Quran





Kepada semua yang terlibat diucapkan terima kasih..