Thursday 27 August 2015

MAKMAL ICT KHAWARIZMI


Alhamdulillah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada SRAB Mersing atas usaha dan penantian yang tidak berbelah bagi akhirnya impian ini terlaksana. Pembinaan makmal ICT yang menjadi kenyataan. Satu lagi kemudahan dan fasiliti yang bakal dikecapi anak anak SRAB Mersing sekalian, 

jika diungka kembali, hajat untuk mendirikan sebuah makmal yang lengkap dengan pelbagai kemudahan sememangnya menjadi impian buat Encik KhairulAzman bin Dollah selaku penyelaras unit ICT SRAB Mersing. Pelbagai kesukaran dan kesulitan telah dihadapi dalam usaha mendapatkan dana serta bantuan untuk mendirikan makmal ini. Akhirnya penantian ini telah menjadi kenyataan. 


Makmal ICT ini mula dibina pada sekitar bulan Mei 2015 di mana tapaknya merupakan bekas garaj kereta Pejabat Pendidikan Agama Islam. SRAB Mersing telah mendapatkan persetujuan beberapa pihak dan telah memohon melalui JPN serta beberapa jabatan yang lain agar 2 blok garaj tersebut dapat digunakan semaksimum mungkin bagi kegunaan sebuah makmal ICT yang lengkap.


Jika diingat kembali, anak anak SRAB Mersing tidak berpeluang menggunakan kemudahan seperti komputer apatah lagi komputer riba akibat kekurangan bilik yang lengkap serta kekurangan kelengkapan. Sekarang, mereka tidak perlu lagi risau kerana mereka dapat menikmati kemudahan ini dengan sebaiknya. 

sebanyak 41 buah kompuer riba jenama Lenovo dibekalkan kepada SRAB Mersing beserta charging cart serta 3 set Zoom YES bagi kemudahan guru guru dan pelajar pelajar sekalian. 



Dengan adanya bantuan yang lengkap seperti ini, smeoga pelajar sekalian dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang telah disediakan. 






Semoga SRAB Mersing akan terus dilimpahi kemudahan dan pelajar pelajar khusunya dapat terus menikmati kemudahan yang diberikan oleh kerajaan, Mudah mudahan 

Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada warga SRAB Mersing. semoga SRAB Mersing terus maju ke hadapan dan di masa akan datang. 

Sunday 23 August 2015

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS PUAN ROSLINDA GHAFAR


Selamat kembali bertugas diucapkan kepada Puan Roslinda binti Ghafar

Untuk makluman, Puan Roslinda cuti sakit selama beberapa bulan akibat kemalangan pada bulan Februari yang lalu.

Puan Roslinda mengajar subjek Bahasa Melayu dan beliau sangat merindui suasana pengajaran dan pembelajaran. Puan Roslinda juga merupakan Guru Pusat Sumber dan Media SRAB Mersing. Sama sama kita doakan Puan Roslinda segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik. amin.

Selamat kembali bertugas di SRAB Mersing. Kami sentiasa menantikan kehadiran Puan Roslinda.

Wednesday 19 August 2015

TERUS MAJU SRAB MERSING

Terus maju SRAB Mersing tercinta.
Berikut merupakan beberapa plak dan juga sijil serat cenderahati yang diraih SRAB Mersing

moga SRAB Mersing terus mara menempa dan melakar kejayaan. 






Sunday 16 August 2015

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS PUAN NUR HIDAYAH

Selamat kembali bertugas diucapkan kepada Puan Nur Hidayah Binti Osman

Puan Hidayah telah selamat melahirkan bayi perempuan yang sangat comel dan beliau telah cuti bersalin selama 2 bulan.

Tahniah dan selamat kembali bertugas Puan Hidayah.

Puan Hidayah merupakan guru kelas 2 Hambali
Puan Hidayah mengajar subjek Matematik dan juga Bahasa Inggeris serta Subjek Pendidikan Seni Visual. 


Wednesday 12 August 2015

KEMBARA MAHKOTA JOHOR

Pada tanggal 12 Ogos 2015 yang lepas, kami seluruh warga SRAB Mersing tidak melepaskan peluang untuk turut sama merasai kemeriahan Kembara Mahkota Johor. 

Kembara Mahkota Johor yang diadakan saban tahun adalah suatu program dan matlamat Sultan Johor untuk lebih dekat dengan rakyat. 

Antara kemeriahan yang dapat kami kongsikan bersama.

Seawal jam 11 pagi lagi kami sudah bersedia di hadapan pagar sekolah sambil beratur menunggu kehadiran Yang Amat Mulia Baginda Sultan Johor. 

para pelajar berpusu pusu keluar ke pintu hadapan apabila arahan telah diberikan


Guru guru turut tidak melepaskan peluang keemasan ini

Antara kenderaan yang tiba awal untuk memberikan cenderahati seperti mafla, keychain, button badge dan lain lain. 



beginilah suasana di luar luar perkarangan SRAB Mersing. Jalan utama telah dibiarkan kosong bagi memberi laluan kepada Sultan Johor 

Antara kenderaan peronda yang telah tiba.

anak anak SRAB Mersing sudah tidak sabar nampaknya

PPID yang turut sama memeriahkan suasana

si cantik manis cik kerani SRAB, Amira dan juga Cikgu Afiqah yang tersenyum manis. Nasib baik semut tak ikut sama. :) 

para pelajar perempuan berkumpul di bahagian kiri perkarangan SRAB Mersing. dengan penuh sabar. Bagus anak anak SRAB. Walaupun panas membakar diri mereka tetap sabar. 

Cik Roziyati, Cik Amiera dan Cik Isti. 

Tersenyum lebar bersama mafla percuma yang baru mereka perolehi tadi. Takkan bagi satu je abang kereta peronda? Ramai lagi yang manis manis di SRAB Mersing ni. :)



Makin lama makin meriah pula tukang pegang mafla. yang penting kita enjoy! :)
Puan Azwani, Puan Hasnita, CIk Rozi, Cik Amiera, Cik ISti, Puan Fazilah, Puan Ani dan Cik Hafizah

Bersabar dan bertabahlah wahai anak anak. Sikit lagi

Iklan Colgate sebentar :)

Kaum hawa memonopoli :)

Senyum seindah suria you alls :)

Kumbang di antara bunga bunga. Baru muncul jejaka sorang ni. :) 


lagi sekali. ok klik ! :)

ini yang saya dapat. button badge. Terima kasih Tuanku Sultan 


Tiba tiba bertambah Kaum adam dengan jayanya 

ok kita bagi peluang lagi sekali pada depa :)


Cik Aliyya, Puan Fazirin, Cik Afiqah dan Cik Hafizah. 




2 kali 2 jawapannya = 4.
hehe. 


gembira sungguh mereka. yang pening kepala encik tukang jaga. nak kawal pelajar lelaki 

inilah wajah sebahagian guru guru SRAB Mersing

meriah tak meriah tengok baju pun dah tahu :)




Mereka tetap menanti dengan penuh sabar

Sekolah kebanggaan kami 

:)



di mana mana ada je semut ikut
sebab apa?
Manisss sangat. hehe.:)
Dari kiri Cik Afiqah, Cik Isti, Cik Aliyya, Cik Rozi, Puan Umi Fairus, Cik Amiera, Cik Syuhadah dan Cik Hafizah 




Luaskan kuasamu Johor 

Tetap menanti di bawah sinaran terik mentari



hati hati anak anak bimbang jatuh longkang, jatuh hati takpe lagi. jatuh longkang awak bangun sendiri


makin lama makin maju ke depan

Walaupun berhujan panas, kami tetap menanti dengan penuh sabar, walaupun tidak bertemu empat mata dengan Tuanku Sultan tapi kemeriahan dan lambaian Baginda Tuanku Sultan Johor sangat menyenangkan hati kami. Luaskan kuasamu Johor :)