Tuesday 27 May 2014

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2014

SELAMAT BERCUTI 

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

Senamrobik  dan 1M1S SRAB Mersing yang berlangsung pada 26 Mei 2014. 
Acara dimulakan dengan senamrobik oleh guru guru yang dilantik sebagai konduktor iaitu Cik 'Ainul Mardiah binti Musa, Cik Nur Afiqah binti Azhar, Cik Noor Hafizah binti Abu Hassan, Cik Roslinda binti Ghafar, Cik Nur Fatin Aliyya binti Azizan dan Puan Nur Fazirin binti Mohamed Nasir.

Senamrobik yang berlangsung menggunakan lagu lagu yang berirama untuk menaikkan semkangat dan sebagai pembuka semangat di pagi hari, seperti lagu 'Move Like a Jagger' oleh Maroon 5, 'Trauma' oleh Ayumi Hamasaki, 'Tin Tinak Tanaa' iaitu lagu hindi dan juga tarian sukan yang popular iaitu 'chicken dance'. kesemua pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik semasa berlangsung senamrobik. mereka dapat mengikuti step ataupun langkah yang diajar oleh konduktor di hadapan. para guru sekalian turut memberikan kerjasama yang amat jitu bagi menjayakan program ini. 

para pelajar berkumpul mengikut kelas masing masing

para pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap arahan yang disampaikan oleh guru. 

setelah selesai senamrobik yang begitu bersemangat dan penuh stamina, para pelajar diasingkan mengikut sukan yang mereka sertai. para guru yang terlibat mengikut sukan masing masing mengawal selia para pelajar sambil bermain dan berlatih dengan mereka. 

para pelajar berkumpul mengikut sukan yang mereka sertai. 



konduktor senamrobik. dari kiri: Puan Nur Fazirin binti Mohamed Nasir, Cik Nur Fatin Aliyya binti Azizan, Cik Roslinda binti Ghafar, Cik Nur Afiqah binti Azhar, Cik Noor Hafizah binti Abu Hassan dan Cik 'Ainul Mardiah binti Musa. 

Cik Nur Fatin Aliyya binti Azizan mengawal selia para pelajar Tahun 1. 

pose menarik daripada para pelajar Tahun 1. Peace :)

Puan Norrul Azwani Yanty sedang mengawal selia para pelajar. Kelihatan para pelajar begitu bersemangat sekali apabila berada di padang dan beraksi sukan. 

para pelajar sedang bermain sukan badminton. 

Cik Noor Hafizah binti Abu Hassan bersama para pelajar SRAB Mersing. 

bakat yang dipamerkan oleh pelajar cilik SRAB Mersing. siapa tahu suatu hari nanti mereka mampu menggegarkan tanah air setanding bakat pemain bola sepak negara kita. 

Cik 'Ainul Mardiah binti Musa sedang mengawal selia pelajar lelaki SRAB Mersing. 

pose menarik yang dipamerkan oleh Cik Nur Afiqah binti Azhar bersama pelajar lelaki SRAB Mersing. 

Tidak ketinggalan, Cik Roslinda binti Ghafar turut memberikan pose menarik 'peace' bersama salah seorang pelajar SRAB Mersing. 

Cik Roslinda binti Ghafar dan Cik 'Ainul Mardiah binti Musa bersama para pelajar SRAB Mersing. 
tujuan diadakan Senamrobik serta 1 Murid 1 Sukan adalah untuk menggalakkan para pelajar mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersukan dan bersenam. selain daripada aktif di dalam kelas, para pelajar digalakkan supaya aktif dalam bidang kesukanan juga supaya minda dan tubuh mereka seimbang antara keduanya. 


Sunday 18 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SRAB MERSING 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat SRAB Mersing telah diadakan pada 18 Mei 2014 yang lalu.
Tema Hari Guru kali ini ialah Zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana para guru sekalian diwajibkan menghiaskan diri dengan berpakaian ala ala Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Syukur Alhamdulillah majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. baik para guru mahupun pelajar menunjukkan semangat dan sokongan yang sangat tinggi. 

Syabas diucapkan.

Selamat Hari Guru warga pendidik SRAB Mersing sekalian.  

Banner Selamat Hari Guru 2014


Barisan guru perempuan SRAB Mersing...

Geng jejaka terhangat di pasaran SRAB Mersing. bukan main lagi bergaya kan?

Ayu dan manis guru guru SRAB Mersing.
Cik 'Ainul Mardiah, Cik Nur Afiqah dan CikNoor Hafizah cantik bergaya mengikut tema Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Gaya mutu keunggulan yang dipamerkan guru guru lelaki SRAB Mersing.
En Asrul Anwar, En Khairulazman,Ustaz Ali, Ustaz Ros, En Ramlan, Ustaz Norizam, En Zainal Fitri dan En Mohd Rifana 

Berkumpul di padang untuk acara seterusnya

Ustaz Ros, Penolong Kanan 1 SRAB Mersing, gaya tak ubah seperti Sultan Melaka. Kan?

Pn Salina, Penolong Kanan HEM SRAB Mersing menunjukkan bakat terpendam beliau bermain boling kelapa

acara minum susu dalam botol yang disertai para pelajar Tahun 2

guru lelaki menunjukkan gaya dan bakat menjadi bapa mithali dalam acara mendodoikan anak anak minum susu dalam botol

guru perempuan pun tak kurang hebatnya beraksi memangku anak anak dalam acara minum susu dalam botol

acara berebut kerusi antara guru dan pelajar perempuan


acara berebut kerusi antara guru dan pelajar lelaki pula

En Ramlan, Ustaz Ali,Pn Norizan, dan Cik Noor Hafizah

En Zainal Fitri, En Mohd Rifana, Cik Roslinda, Pn Hasnita dan Cik Nur Afiqah

seterusnya, acara tuju selipar yang dimainkan secara berkumpulan. masing masing menunjukkan skill yang sangat hebat bagi mengalahkan musuh untuk mengutip mata

Ustaz Norizam membacakan doa pembukaan Majlis Sambutan Hari Guru SRAB Mersing yang berlangsung di Dewan SRAB Mersing. 

barisan guru perempuan SRAB Mersing

En Zainal Fitri sebagai pengacara majlis

para pelajar SRAB Mersing


Pn Hajah Nasibah, Guru Besar SRAB Mersing menyampaikan ucapan

Bacaan ikrar oleh guru guru SRAB Mersing

Bacaan ikrar yang diketuai oleh Ustaz Ali

penyampaian hadiah bagi acara yang dipertandingkan dan yang mengikut kategori. 





Friday 16 May 2014

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. 
teruskan usaha mendidik anak bangsa tanpa penat dan jemu. 

Guru, Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi.