Thursday 24 November 2016

Selamat Bercuti

Akhirnya setelah melalui hari hari yang penuh indah serta ada pasang surutnya suka dan duka dalam kehidupan serta pelbagai pengalaman dan juga cabaran, tibalah masanya untuk kita berehat. 

selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SRAB Mersing. 

berikut ialah rumusan tentang program dan juga aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2016.

Januari
Minggu Ukhwah Sekolah dan Minggu Transisi bagi pelajar tahun 1
sesi persekolah 2016 bermula
Majlis Permufakatan Ibu bapa Pelajar tahun 6 dan Guru guru 
Watikah pelantikan pengawas sekolah sesi 2016

Februari
Aktiviti kokurikulum pada setipa hari khamis (sebelah petang) berjalan seperti yang dirancang
Kejohanan Bola Jaring Peringkat MSSD di Dewan Serbaguna Pusat Air Tawar
Kejohanan Bola Baling peringkat MSSD di Dewan Serbaguna Pusat Air Tawar

Mac
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8
Peperiksaan UPPm 1 dan Setara 1

April
Sukantara SRAB Mersing
Program Jelajah BLINK (anak syarikat buku PTS)

Mei 
Peperiksaan Pertengah Tahun
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah
Perkhemahan anjuran unit kokurikulum

Jun
Program Ihya Ramadhan 
Program Iftar Jamaie perdana
Hari pelaporan 

Julai
Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah
Kem motivasi dan kecemerlangan pelajar 

Ogos
Sambutan bulan kemerdekaan
Latih tubi dan gerak gempur UPSR 
latih tubi dan gerak gempur SDEA 
pecutan akhir UPSR

September
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) format baru 
Sambutan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan

Oktober 
Kejohanan Olahraga Tahunan 
Hari Sukan Negara
Program masterchef #pascaupsr
Program mewarna batik yang dicanting #pascaupsr
Lawatan sambil belajar ke Kota Tinggi #pascaupsr

November
Hari Anugerah Kecemerlangan 
Hari Graduasi pelajar Tahun 6
Jamuan Akhir tahu 2016
Jamuan perpisahan pelajar tahun 6






Selamat bercuti diucapkan kepada semua. jaga diri dan keselamatan serta kesihatan di mana jua anda berada. manfaatkan cuti ini dengan sebaiknya terutama bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun 2017.

tahun 2016 meninggalkan banyak memori pahit manis dan juga suka duka.
tahun 2016 juga menyaksikan detik SRAB melepaskan beberapa orang warga SRAB Mersing yang telah banyak menyumbang khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan di sini. terdapat beberapa orang guru yang telah berpindah meninggalkan bumi Mersing kerana Allah telah menentukan rezeki mereka di tempat lain. Pada bulan Mac yang lalu Encik KhairulAzman berpindah tempat bertugas di Pusat Kegiatan Guru di PKG bandar Renggam sebagai pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan. manakala pada bulan november pula SRAB Mersing dengan berat hati terpaksa melepaskan seorang lagi guru iaitu Ustazah Nur Fazirin binti Mohamed Nasir. Setelah 3 tahun mencuba akhirnya permohonan tukar beliau diluluskan pada tahun ini. Puan Fazirin akan bertugas di kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan awal 2017 nanti.

tahun 2016 juga merupakan tahun yang manis di mana beberapa orang cahaya mata guru guru SRAB lahir pada tahun ini. tahniah dan syaba diucapkan kepada Encik KhairulAzman dan isteri atas kelahiran puteri yang comel Auni Nur Dini binti KhairulAzman nama diberi lahir pada Januari 2016. manakala pada penghujung Januari, cahaya mata putera yang comel Cikgu Asrul Anwar dan isteri. pada bulan Mac, Cikgu Roslinda Ghafar selamat melahirkan puteri comel bernama Nur Rayhann Imani binti Mohd Izani. pada bulan April pula Cikgu Norrul Azwani Yanty binti Ibrahim selamat melahirkan putera yang comel, baby Luqmanul Haqim nama diberi. Pada bulan Ogos, Ustazah Nur Fazirin selamat melahirkan bayi kedua, kali ini baby boy yang sangat comel, Tengku Iskandar bin Tengku Muhammad Shahrul nama diberi.

tidak dilupakan tahun 2016 juga meninggalkan kesan mendalam terutama pada guru guru UPSR berikutan format terbaru yang menyaksikan para pelajar harapan SRAB tidak memperoleh A sebagaimana yang diharapkan. hal ini kerana gred bagi format kali ini terlalu tinggi. walau bagaimanapun kami para guru UPSR tetap berbangga dengan pencapaian anak anak UPSR dan SDEA tahun 2016. anda semua hebat di mata kami. teruskan melangkah dan berusaha. doa kami sentiasa mengiringi kalian.

juga terdapat beberapa program yang tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang berikutan terdapat kekangan dari beberapa aspek seperti masa dan juga kewangan. Insya Allah pada tahun 2017 diharapkan SRAB Mersing akan terus gemilang dalam semua aspek. SRAB Raqam Wahid!

No comments: