Thursday 8 October 2015

LAWATAN SRAB MERSING KE LEGOLAND MALAYSIA

Pada 8 Oktober 2015 yang lalu, lawatan selepas UPSR ke Legoland Malaysia telah dijalankan. Guru guru pengiring merupakan guru guru UPSR seramai 8 orang dan setiausaha peperiksaan bersama dengan pelajar pelajar tahun 6 Ghazali dan 6 Tarmizi seramai 44 orang.

Bas bertolak seawal jam 7.30 pagi dari Mersing menuju ke Legoland.





Selamat datang ke Legoland :)
Cik Roziyati, Pn Lizawati, Cik Afiqah, Pn Umi Fairus, En Amirrul dan Cik 'Ainul Mardiah bergambar di hadapan pintu masuk Legoland. 







Acah acah pelancong sekali sekala :)
Cik Roziyati, Pn Lizawati, Cik Afiqah, Cik Aliyya dan Cik 'Ainul Mardiah. 

pertama kali menjejakkan kaki ke sini pastinya memukau pandangan.

pas masuk ke Legoland

pastinya saat yang menyeronokkan

semua dah tak sabar untuk memasuki Legoland

Amalan terbaik SRAB Mersing, di mana mana sahaja pasti terdidik dan berdisiplin untuk beratur. bagus anak anak sekalian :)

Antara mural yang terdapat di Legoland. kreatif dan menarik :)


tengok ini saja pun dah teruja apatah bila dan mencuba aktiviti di taman tema 

guru pengiring yang manis manis orangnya hehe :)
En Amirrul, Pn Umi Fairus, Cik Aliyya, Cik 'Ainul, Cik Roziyati, Cik Afiqah dan Pn Lizawati 


yeayyy dah sampai!!

Cik 'Ainul Mardiah bergambar di hadapan taman tema air



:)





Selesai berendam dalam air, perut pun lapar, jadi ayuhlah mencari sesuap nasi sebagai bekalan.

Semua letih dan lesu kerana kehabisan tenaga bermain air 

yang penting kita enjoy !!
:)

group photo







sambil menunggu hujan reda, berteduh di dalam kedai cenderhati merupakan sesuatu yang menarik. setidak tidaknya dapat mencuci mata melihat hasil susunan lego yang sangat kreatif dan menarik.
dan sudah pasti harganya juga sangat 'menarik'. 

Fitri Nazifah, Iman Iwana bersama Cik Afiqah 




Cik 'Ainul dikelilingi jejaka jejaka tahun 6 Amar, NAsir Syamil Faris Ridhwan, Hafiz Fikri dan Amirul Salihin

Suasana di dalam kedai cenderamata 

Herman telah berjumpa cinta hatinya. :)

sekali imbas memang nampak macam orang betul tapi hakikatnya ini ialah susuan lego yang dijadikan seperti manusia


taman tema permainan selepas hujan. 


kereta langgar
menyeronokkan tapi lepas beberapa pusingan boleh buat kepala pening 

yang ini boleh tahan juga. mendebarkan macam nak luruh jantung 

di mana mana sahaja pasti akan ada hiasan legoland yang diilhamkan mengikut tema kartun dan sebagainya. 





susunan lego bertemakan Istana Bukit Serene. sangat sangat kreatif dan menarik. tak puas memandang. 










Cik Aliyya dan Cik Afiqah tidak melepasan peluang bergambar di hadapan lego bertemakan Istana Bukit Serene 



sungguh menakjubkan 

Haziq Iqmal, Amirul dan Danial Samidin yang juga sedang berjalan jalan di kawasan sekitar memerhatikan susunan lego yang sangat kreatif ini











Cik Aliyya, Cik 'Ainul Mardiah dan Cik Afiqah 










susunan lego bertemakan Taj Mahal dari India

Ilham dari negara China

Ilham dari negara Thailand











penat berjalan, kami memilih untuk menjelajah menaiki tren yang disediakan.
Norhairin, Nur Shahira Puteri, Nurin Batrisyia, dan Insyiraah 











yeay di sini pula masa untuk mencuba pengalaman baru 





pengalaman yang sangat menarrik di sini



susunan lego berilhamkan lapangan terbang 

susunan lego berilhamkan rumah kampung 





antara sebahagian susunan lego yang masih belum siap dan dibuka untuk lawatan. Teringin benar untuk melihat dengan lebih lanjut lagi apatah lagi jika mercu tanda kebangaan negara kita, KLCC pasti sesuatu yang menarik. Insya Allah ada masa boleh berkunjung lagi ke mari.


Alhamdulillah, setelah seharian menjelajah ke Legoland, pastinya pengalaman yang sungguh menarik bagi para pelajar tahun 6 Ghazali dan Tarmizi beserta guru guru pengiring. 

Seterusnya, peserta lawatan dan guru guru pengiring menikmati makan malam yang diambil di SRAB Johor Bahru dan terus ke Kota Tinggi untuk solat dan makan di sana. Peserta lawatan dan guru pengiring tiba ke SRAB Mersing jam 11.00 malam. 

jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru pengiring dan pelajar pelajar yang terlibat dalam lawatan ke Legoland Malaysia. semua memberikan kerjasama yang baik dan mematuhi arahan sepanjang lawatan. Syabas buat semua terutamanya para guru UPSR 2015 yang melancarkan urusan sebelum, semasa dan selepas program lawatan ini. tanpa usaha guru sekalian tidak mungkin program lawatan hari ini berjalan dengan lancar dan baik. 

Semoga SRAB Mersing terus maju di masa masa akan datang. Semoga lawatan selepas UPSR ini dapat membangkitkan semangat pelajar pelajar untuk berusaha dan bermotivasi bagi memperoleh keputusan yang baik dan dapat menikmati contoh ganjaran program lawatan seperti ini.

No comments: