Friday 18 September 2015

SELAMAT BERCUTI


Cuti.

Saat yang paling dinanti bagi semua pelajar dan guru guru pastinya. Hal ini kerana pada masa cuti sahajalah waktu terluang dan masa senggang yang dapat dimanfaatkan bersama yang tersayang.

Warga SRAB Mersing mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh guru serta kakitangan SRAB Mersing khususnya dan kepada anak anak SRAB Mersing yang dikasihi.

Bagi guru guru yang pulang ke kampung, rancang perjalanan anda, pilih waktu yang sesuai untuk bertolak ke destinasi yang dituju serta berhati hati di jalan raya. Rancang cuti anda serta masa. Walaupun bercuti hakikatnya masih ada lagi kerja kerja sebagai pendidik yang perlu diselesaikan. Semoga para guru sekalian dapat rehat yang cukup semasa cuti selama seminggu ini. Bawa keluarga tersayang berjalan jalan dan luangkan masa bersama kesayangan. Musim cuti juga tentunya banyak undangan walimah yang perlu dihadiri. Luangkan masa memenuhi jemputan rakan dan taulan kerana ini sahaja masa terluang yang dimiliki. :)

Anak anak SRAB Mersing sekalian, manfaatkan masa terluang ini dengan aktiviti berfaedah seperti membantu ibu bapa di rumah, jikalau cuaca mengizinkan, luangkan masa bermain serta melakukan aktiviti luar bagi merehatkan minda seketika tetapi awas dengan keadaan jerebu serta cuaca buruk yang tidak menentu, kesihatan perlu diutamakan.

Sekian, pesanan ikhlas daripada kami, warga SRAB Mersing sekalian.

Selamat bercuti. :)

No comments: