Wednesday 29 October 2014

SRAB MERSING DALAM AKHBAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Masihkah kalian ingat akan Kumpulan Nasyid SRAB Mersing iaitu Shaoutul Banin.
Alhamdulillah selepas satu persatu kejayaan ditempa bagi kumpulan nasyid SRAB Mersing. Syukur alhamdulillah, berkat usaha yang tidak berbelah bagi juga semangat dan usaha jitu yang tak pernah luntur setiap ahli kumpulan nasyid Shoutul Banin yang menjulang serta menaikkan nama SRAB Mersing sehingga dikenali. Kumpulan nasyid Shoutul Banin memperoleh rezeki membuat persembahan selain menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak swasta mahupun mana mana anjuran sekitar Mersing.

berikutan kejayaan SRAB Mersing semasa Ihtifal Ilmi bagi pertandingan nasyid bagi seluruh SRAB di Johor Bahru baru - baru ini, pihak utusan menghubungi Ustaz Rifana untuk dimuat naik kedalam akhbar utusan. diharapkan dengan terbitnya kumpulan nasyid SRAB Mersing di dada akhbar akan lebih menaikkan serta memberikan semangat Shoutul Banin agar berusaha lebih keras untuk maju ke depan serta menempa nama di masa akan datang. Insya Allah. 


dan ini ialah hasil kejayaan yang kita kongsi bersama.

tahniah sekali lagi buat warga SRAB. 

untuk berita penuh, bolehlah klik pada pautan berikut. 

No comments: