Friday 4 July 2014

HARI TERBUKA SRAB MERSING

Hari Terbuka SRAB Mersing 2014 yang telah berlangsung pada 3 Julai 2014.

Hari Terbuka diadakan pada setiap semester di mana para ibu bapa atau penjaga akan hadir ke sekolah berjumpa guru kelas anak mereka bagi menandatangani rekod prestasi serta mengetahui perihal anak sepanjang keberadaan mereka di dalam kelas terutamanya bagi subjek yang diajar oleh guru kelas.

Encik Khairul Azman bin Dollah selaku guru kelas 1 Hambali berbincang dengan ibu bapa yang hadir.


begitu serius sekali perbincangan yang sedang berlangsung.

Puan Fazilah binti Buang dan puan Umi Fairus binti Mohd Jamil yang merupakan guru kelas 1 Maliki.


En Hesbollah, iaitu bapa kepada Aisyah sedang berbincang dengan guru kelas tentang prestasi anaknya. 

Puan Nur Hidayah Osman serta Puan Nur Fazirin binti Mohamed Nasir selaku guru kelas 3 Farabi 

Encik Zainal Fitri bin Yusof serta Cik Noor Hafizah binti Abu Hassan yang merupakan guru kelas 3 Kindi

Puan Norrul Azwani Yanty binti Ibrahim serta Encik Mohd Rifana bin Bahari merupakan guru kelas 2 Hanafi

Ustaz Mohd Ali bin Supandi dan Cik Nur Fatin Aliyya binti Azizan merupakan guru kelas 4 Khaldun sedang berbincang dengan ibu kepada Aleeya Asyikin dan Aleeya Natasya.

Puan Nur Hasnita binti Hassan sedang berbincang dengan ibu kepada pelajar dari kelas 4 Ibnu Sina.

Encik Ramlan bin Ahmad yang merupakan guru kelas 6 Bukhari sedang berbincang dengan Encik Baharin iaitu bapa kepada Puteri Nurasiah. 

para ibu bapa dan penjaga pelajar 6 Bukhari yang sedang menunggu giliran mereka bertemu dengan guru kelas. 

Cik Nur Afiqah binti Azhar serta Ustaz Norizam bin Malik merupakan guru kelas 5 Tarmizi.



Cik Roziyati binti Omar serta Puan Lizawati binti Khamis merupakan guru kelas 5 Ghazali.

Tujuan hari Terbuka diadakan ialah untuk memberi peluang ibu bapa hadir dan berjumpa guru yang mengajar anak mereka di sekolah serta mengetahui prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun sukan serta sahsiah mereka sepanjang keberadaan mereka di sekolah.

Diharapkan usaha sebegini di antara guru serta ibu bapa dapat dimantapkan di mana ibu bapa memberikan kerjasama sebaik mungkin dalam membantu menaikkan prestasi anak mereka terutamanya dalam bidang pelajaran apabila mereka berada di rumah. Hal ini kerana usaha mendidik tidak hanya terletak di bahu guru semata mata tetapi juga sokongan, galakan serta tinjauan daripada pihak ibu bapa sendiri.

No comments: