Tuesday 27 May 2014

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

Senamrobik  dan 1M1S SRAB Mersing yang berlangsung pada 26 Mei 2014. 
Acara dimulakan dengan senamrobik oleh guru guru yang dilantik sebagai konduktor iaitu Cik 'Ainul Mardiah binti Musa, Cik Nur Afiqah binti Azhar, Cik Noor Hafizah binti Abu Hassan, Cik Roslinda binti Ghafar, Cik Nur Fatin Aliyya binti Azizan dan Puan Nur Fazirin binti Mohamed Nasir.

Senamrobik yang berlangsung menggunakan lagu lagu yang berirama untuk menaikkan semkangat dan sebagai pembuka semangat di pagi hari, seperti lagu 'Move Like a Jagger' oleh Maroon 5, 'Trauma' oleh Ayumi Hamasaki, 'Tin Tinak Tanaa' iaitu lagu hindi dan juga tarian sukan yang popular iaitu 'chicken dance'. kesemua pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik semasa berlangsung senamrobik. mereka dapat mengikuti step ataupun langkah yang diajar oleh konduktor di hadapan. para guru sekalian turut memberikan kerjasama yang amat jitu bagi menjayakan program ini. 

para pelajar berkumpul mengikut kelas masing masing

para pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap arahan yang disampaikan oleh guru. 

setelah selesai senamrobik yang begitu bersemangat dan penuh stamina, para pelajar diasingkan mengikut sukan yang mereka sertai. para guru yang terlibat mengikut sukan masing masing mengawal selia para pelajar sambil bermain dan berlatih dengan mereka. 

para pelajar berkumpul mengikut sukan yang mereka sertai. 



konduktor senamrobik. dari kiri: Puan Nur Fazirin binti Mohamed Nasir, Cik Nur Fatin Aliyya binti Azizan, Cik Roslinda binti Ghafar, Cik Nur Afiqah binti Azhar, Cik Noor Hafizah binti Abu Hassan dan Cik 'Ainul Mardiah binti Musa. 

Cik Nur Fatin Aliyya binti Azizan mengawal selia para pelajar Tahun 1. 

pose menarik daripada para pelajar Tahun 1. Peace :)

Puan Norrul Azwani Yanty sedang mengawal selia para pelajar. Kelihatan para pelajar begitu bersemangat sekali apabila berada di padang dan beraksi sukan. 

para pelajar sedang bermain sukan badminton. 

Cik Noor Hafizah binti Abu Hassan bersama para pelajar SRAB Mersing. 

bakat yang dipamerkan oleh pelajar cilik SRAB Mersing. siapa tahu suatu hari nanti mereka mampu menggegarkan tanah air setanding bakat pemain bola sepak negara kita. 

Cik 'Ainul Mardiah binti Musa sedang mengawal selia pelajar lelaki SRAB Mersing. 

pose menarik yang dipamerkan oleh Cik Nur Afiqah binti Azhar bersama pelajar lelaki SRAB Mersing. 

Tidak ketinggalan, Cik Roslinda binti Ghafar turut memberikan pose menarik 'peace' bersama salah seorang pelajar SRAB Mersing. 

Cik Roslinda binti Ghafar dan Cik 'Ainul Mardiah binti Musa bersama para pelajar SRAB Mersing. 
tujuan diadakan Senamrobik serta 1 Murid 1 Sukan adalah untuk menggalakkan para pelajar mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersukan dan bersenam. selain daripada aktif di dalam kelas, para pelajar digalakkan supaya aktif dalam bidang kesukanan juga supaya minda dan tubuh mereka seimbang antara keduanya. 


No comments: