Alhamdulillah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada SRAB Mersing atas usaha dan penantian yang tidak berbelah bagi akhirnya impian ini terlaksana. Pembinaan makmal ICT yang menjadi kenyataan. Satu lagi kemudahan dan fasiliti yang bakal dikecapi anak anak SRAB Mersing sekalian,
jika diungka kembali, hajat untuk mendirikan sebuah makmal yang lengkap dengan pelbagai kemudahan sememangnya menjadi impian buat Encik KhairulAzman bin Dollah selaku penyelaras unit ICT SRAB Mersing. Pelbagai kesukaran dan kesulitan telah dihadapi dalam usaha mendapatkan dana serta bantuan untuk mendirikan makmal ini. Akhirnya penantian ini telah menjadi kenyataan.
Makmal ICT ini mula dibina pada sekitar bulan Mei 2015 di mana tapaknya merupakan bekas garaj kereta Pejabat Pendidikan Agama Islam. SRAB Mersing telah mendapatkan persetujuan beberapa pihak dan telah memohon melalui JPN serta beberapa jabatan yang lain agar 2 blok garaj tersebut dapat digunakan semaksimum mungkin bagi kegunaan sebuah makmal ICT yang lengkap.
Jika diingat kembali, anak anak SRAB Mersing tidak berpeluang menggunakan kemudahan seperti komputer apatah lagi komputer riba akibat kekurangan bilik yang lengkap serta kekurangan kelengkapan. Sekarang, mereka tidak perlu lagi risau kerana mereka dapat menikmati kemudahan ini dengan sebaiknya.
sebanyak 41 buah kompuer riba jenama Lenovo dibekalkan kepada SRAB Mersing beserta charging cart serta 3 set Zoom YES bagi kemudahan guru guru dan pelajar pelajar sekalian.
Dengan adanya bantuan yang lengkap seperti ini, smeoga pelajar sekalian dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang telah disediakan.
Semoga SRAB Mersing akan terus dilimpahi kemudahan dan pelajar pelajar khusunya dapat terus menikmati kemudahan yang diberikan oleh kerajaan, Mudah mudahan
Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada warga SRAB Mersing. semoga SRAB Mersing terus maju ke hadapan dan di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment