Pada 18 Oktober 2016 yang lalu, SRAB Mersing di bwah unit Team UPSR telah menjemput Batik Canting Johor bagi menjayakan program selepas UPSR. aktiviti ini sangat menarik di mana pelajar tahun 6 khususnya berpeluang mewarna batik yang telah siap dicanting dan juga mengenali seni budaya batik ini dengan lebih dekat lagi.
Aktiviti ini telah dijalankan di khemah yang telah disediakan bersebalahan dengan padang sekolah. Para guru juga tidak ketinggalan untuk menyertai program ini.
Pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan akan menerima sebuah bakul kecil yang mempunyai beberapa warna asas untuk mewarna batik seperti kuning, hijau, biru, merah dan hitam. selain itu di dalam bakul kecil terdapat beberapa batang berus khusus yang digunakan untuk mewarna batik.
selepas itu para pelajar diberikan penerangan tentang teknik mewarna batik di atas kain yang telah dibekalkan.
para guru SRAB Mersing yang sentiasa memberikan sokongan padu beserta senyuman manis di pagi hari :)
pilih jangan tak pilih. terlalu banyak corak yang menarik sehingga rambang mata dibuatnya. bagi papan yang bersaiz kecil harganya RM10 manakala bagi yang bersaiz besar harganya RM20.
hampir kesemua motif berunsurkan corak bunga tetapi yang ni lain sedikit.
guru guru juga tidak ketinggalan untuk menyertai program ini
antara motif bunga yang disediakan untuk para pelajar dan guru.
masing masing berusaha mewarna batik dengan begitu cermat dan kreatif sekali.
bagi menghasilkan warna seperti biru, jingga dan merah jambu, pelajar perlu menggabungkan warna asas seperti biru dan hijau untuk menhasilkan warna hijua, kuning dan merah bagi menghasilkan warna jingga dan warna merah yang dicampurkan sedikit air bagi menghasilkan warna merah jambu.
Nasyuhah Iman berjaya mewarnakan motif batiknya dengan begitu cantik sekali.
Haiqal dan Syafie bersama hasil yang mereka warnakan
Raihana, Darlina, Harnisya, Aleeya dan Nasyuhah telah berjaya menyiapkan motif masing masing
Ulfah Adriana Batrisyia yang berjaya menghasilkan motif batiknya sendiri. motif kucing. ni mesti Ulfah dedikasikan kepada kucing kucing peliharaan di rumah kan.
Cikgu Ainul juga ketinggalan untuk menyiapkan motif batiknya. katanya ni gambar keluarga impian Cikgu Ainul. hal ini kerana terdapat ayah kucing mak kucing dan anak kucing. Mendalam betul maksudnya ni. Kita sama sama doakan yang terbaik buat Cikgu Ainul. :)
Aqilah, Dania, Zarfina, Ulfah dan Aleeya bersama motif masing masing
Yasin begitu kagum dengan motif yang telah berjaya diwarnakan
Sofri yang telah berjaya mewarnakan motifnya
Latifah Humairah bersama motif dan senyuman manis. :)
Cikgu Royani bersama motif yang telah diwarnakan. Lylia pun nak selit juga ye :)
Motif yang telah diwarnakan dan dikeringkan di bawah matahari.
Aleeya bersama motif yang telah diwarnakan.
:)
Alhamdulillah program telah berjalan dengan sangat baik dan aktiviti ini mendapat sambutan hangat sekali.
Terima kasih Batik Canting Johor. :)