Pada 26 Ogos yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SRAB Mersing telah mengadakan Program Motivasi & Kecemerlangan UPSR & SDEA bagi calon calon UPSR & SDEA 2016
Program ini dijalankan pada hari Jumaat dan bermula pada jam 2.30 petang. para peserta melaporkan diri dan seterusnya diberikan taklimat ringkas sebelum program dijalankan.
para peserta diberikan belon dan tali getah sebagai barang amanah. mereka diwajibkan untuk memakai belon tersebut di kaki mereka sepanjang program ini berlangsung.
gelagat para peserta mengikut kumpulan masing masing. mereka telah diberikan demonstrasi permainan Break Claps dimana mereka perlu melakukan aktiviti tangan yang menarik. mereka yang tidak berjaya melakukan aktiviti ini dikira kalah. terdapat beberapa langkah semasa aktiviti ini dijalankan. permainan ini menguji minda dan ketangkasan para peserta.
seterusnya, para peserta diberikan beberapa bahan seperti kertas a4 putih, bola pingpong, straw minuman untuk dijadikan sebagai bahan mendirikan menara impian mengikut kreativiti masing masing.
antara hasil yang begitu kreatif
setiap menara yang didirikan merupakan simbolik kegigihan dan semangat juang setiap ahlinya untuk menggapai bintang dan sinar mereka iaitu cemerlang dalam ujian UPSR serta SDEA.
seterusnya, para pelajar yang berjaya menjaga barang amanah mereka sehingga ke saat ini dikehendaki memecahkan belo yang ada di kaki rakan masing masing. pada masa ini tiada lagi istilah kawan atau lawan yang penting barang amanah diri sendiri masih utuh supaya dapat dijulang sebagai juara bertahan.
seterusnya ialah majlis penyampaian hadiah mengikut kategori yang telah dipertandingkan tadi
syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang. semangat berkumpulan yang ditonjolkan oleh semua peserta sangat membanggakan. teruskan usaha murni. kami warga SRAB Mersing sentiasa mendoakan kejayaan anak anak SRAB. SRAB Raqam Wahid :)