Pada 10 Oktober yang lalu, berlangsungnya Hari Sukan Negara di seluruh Malaysia.
SRAB Mersing juga tidak ketinggalan meraikan kemeriahan Hari Sukan Negara.
para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan masing maisng dan dipecahkan mengikut tahap. pada sesi pertama, pelajar tahap 1 akan bermain sukan rakyat manakala pelajar tahap 2 akan bermain sukan dalaman. apabila selesai sesi pertama, pelajar tahap 1 akan bermain sukan dalaman manakala pelajar tahap 2 akan bermain sukar rakyat.
terdapat beberapa sukan dan permainan yang dirancang dan diadakan sempena Hari Sukan Negara.
Sukan Rakyat
1. Boling kelapa
2. Cuit Tiang
3. Tarik Upih
4. Sepak raga / sepak yem
5. Galah panjang
6. Konda kondi
7. Baling tin
8. Kaki tempurung
Sukan Dalaman
1. ceper
2. lastik tin
3. batu seremban
4. dam haji
5. sungkit lidi
6. carom
7. congkak
8. keting ting
|
pelajar beratur di tapak perhimpunan mengikut kelas masing masing |
|
pelajar tahap 1 beratur dan tekun mendengar arahan guru |
|
penuh warna warni |
|
dengan sabar para pelajar sekalian menanti dan menunggu arahan yang akan diberikan |
seterusnya, acara senamrobik dimulakan sebelum diteruskan dengan sukan rakyat dan sukan dalaman.
Sesi senamrobik diketuai oleh Encik Amirrul Hakim serta dibantu oleh Encik Rifana. sungguh bersemangat sekali paduan dua tenaga abang abang sado SRAB Mersing :)
|
para pelajar berkumpul di padang |
|
mentari sudah memancarkan cahaya namun para pelajar tetap sabar menanti |
|
Puan Royani, Puan Hasnita dan Cik 'Ainul Mardiah sedang memberikan arahan dan memantau pergerakan pelajar bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lancar |
|
Banner Hari Sukan Negara. |
|
cantik kan baju sukan rasmi SRAB Mersing kami :) Puan Azwani, Puan Fazilah dan Puan Ros Linda. Baby Amirrul juga tidak ketinggalan untuk turut serta |
|
Stesen 1 Boling Kelapa. |
|
Stesen 2 Cuit Tiang. Masihkah segar dalam ingatan kita seua tentang permainan ini? :) |
|
Stesen 3 Tarik Upih.
|
|
Stesen 4 Sepak Raga dan Sepak Yem |
|
Stesen 5 Galah Panjang |
|
Stesen 6 Konda Kondi |
|
Stesen 7 Baling Tin |
|
Stesen 8 Kaki Tempurung |
|
Guru guru perempuan SRAB Mersing yang turut beraksi semasa sesi senamrobik |
|
sebahagian pelajar lelaki SRAB Mersing |
|
ayuh Malaysia cergas!! |
|
panas mentari tak dihirau, yang penting kita semua enjoy !!:) dari kiri Cik Rozi, Puan Ropiah,Puan Lizawati, Puan Salina, Puan Royani dan Cik 'Ainul |
|
pelajar perempuan SRAB Mersing |
|
sebahagian guru guru lelaki SRAB Mersing yang sedang bertungkus lumus menyiapkan kaki tempurung. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Norizam, Encik Khairulazman serta Ustaz Ros. |
|
ewah ewah..move your body everybody... |
|
ke kiri lah ahai ke kanan lah ahai :) |
|
Cik Nur Afiah mempamerkan kaki tempurung yang telah siap. |
setelah selesai sesi senamrobik, Hari Sukan Negara dimulakan dengan aktiviti sukan dalaman dan sukan rakyat. bagi setiap permainan, terdapat mata terkumpul yang perlu setiap kumpulan kumpul bagi memenangi pertandingan yang dijalankan.
Berikut sebahagian daripada aksi yang dapat dirakam semasa berlangsungnya Hari Sukan Negara.
|
para pelajar di stsesen baling tin. |
|
para pelajar di stesen cuit tiang dan uga stesen tarik upih |
|
para pelajar di stesen sepak raga dan sepak yem |
|
para pelajar menunggu giliran untuk membuat balingan boling kelapa |
|
Stesen Konda Kondi di bawah pengawasan Puan Fazilah dan Encik Rifana |
|
Stesen galah panjang |
|
stesen sungkit lidi. |
|
dam haji |
|
ceper |
|
masing masing menunujukkan kemahiran |
|
stesen lastik tin di bawah pengawasan Ustaz Ros |
|
keting ting |
hampir jam 10 pagi tamatnya sesi pertama. pelajar direhatkan selama setengah jam sebelum Hari Sukan Negara diteruskan dengan sesi kedua.
beberapa aksi dan candid yang dirakam semasa aktiviti berlangsung.
|
senyum seindah suria |
|
kaki tempurung. sukan yang menggamit kenangan sewaktu kecil dahulu |
|
Cik Hafizah dan Cik Rozi. panas panas pun masih masih tersenyum lebar. :) |
|
Encik Rifana yang keletihan |
|
Masya Allah ini sampai perlukan 2 orang untuk menarik Harith Izzat |
|
jangan tinggal dakuuuuu |
|
dont ever give up. Yang penting gaya mutu keunggulan :) |
selesai sesi kedua, seterusnya pelajar dikumpulkan di kantin sekolah kerana acara penyampaian hadiah akan dimulakan selepas ucapan Guru Besar SRAB, Puan Hajah Nasibah Abdul Kadir.
syabas dan tahniah diucapkan kepada setiap kumpulan. setiap kumpulan mempamerka kerjasama dan semangat berkumpulan yang tinggi dan berusaha untuk melengkapkan setiap stesen yang mereka hadiri.
semoga SRAB Mersing terus maju dalam semua bidang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga SRAB Mersing. walaupun tona warna kulit telah berubah, tak mengapa, hitam manis kan menawan :)
sekadar gurauan. Semoga bertemu lagi pada Hari Sukan Negara 2016 insya Allah.